Bahasa Melayu

TENTANG MASA

Gunakanlah masamu untuk mengenal Aku.
Dengarkanlah Aku dan biarkan Aku memberikan diri-Ku kepadamu.
Aku memberimu masa untuk digunakan.
Aku memberimu masa untuk dinikmati.
Terimalah kurnia ini dengan hati yang tenteram.

Aturlah penggunaan masa yang dikurniakan kepadamu
  menurut bimbingan yang Aku berikan kepadamu.
Dengarkanlah kata-kata yang Aku sampaikan kepadamu melalui orang lain.
Terimalah kata-kata hikmat ini daripada-Ku
  dan aturlah masamu yang berharga berbekalkan pengetahuan ini.

Janganlah cuba memahami segala-galanya,
  kerana usaha ini akan meletihkanmu.
Bersedialah untuk mempercayai kata-kata hikmat
  yang diberikan kepadamu.

Lepaskanlah rasa tidak percayamu
  yang tidak membawamu mendekati Aku.
Aku tidak akan mencederakanmu.
Percayalah kepada-Ku sebagaimana seorang anak perempuan mempercayai ibu dan bapanya.

Biarkan Aku memimpinmu.
Biarkan Aku membantumu.
Biarkan Aku memberkatimu.
Biarkan Aku menyembuhkanmu daripada rasa tidak percaya.
Serahkanlah masamu kepada-Ku.

Jika engkau berbuat demikian,
  Aku akan memberikan kepadamu segala yang diberkati
  dan belum engkau ketahui.

Renungan Seterusnya

Isi Kandungan