Bahasa Melayu

IZINKAN AKU

Jalanmu membawa engkau kepada-Ku.
Suaramu mengungkapkan pujian kepada-Ku.
Matamu memandang kepada-Ku.

Aku mendengar rayuanmu.
Aku mendengarkan pertanyaanmu.
Aku memenuhi keperluanmu.

Terimalah jalan-Ku dengan hati yang damai.
Terimalah arah tujunya,
  kerana jalan itu membawa orang lain kepada-Ku.

Engkau menantikan saat masa depan kehidupan tersingkap.
Ketahuilah bahawa engkau akan melihat tangan-Ku di sisimu.

Terimalah kehendak-Ku bagi keadaanmu,
  kerana hal itu memenuhi keinginan-Ku.

Tinggallah dalam damai dan bawalah hatimu kepada-Ku.
Izinkan Aku berkarya melaluimu sebagaimana yang diperlukan.

Renungan Seterusnya

Isi Kandungan