
Ingatlah,
ya Perawan Maria yang amat murah hati,
bahawa belum pernah diketahui
bahawa sesiapa yang datang berlindung padamu,
memohon pertolonganmu,
atau meminta pengantaraanmu
dibiarkan tanpa pertolongan.
Didorong oleh keyakinan ini,
aku bergegas kepadamu,
ya Perawan segala perawan, ibuku;
kepadamu aku datang,
di hadapanmu aku berdiri,
berdosa dan berdukacita.
Ya Bonda Sabda yang menjadi manusia,
janganlah menolak permohonanku,
tetapi dengan belas kasihanmu
dengarkanlah dan kabulkanlah permohonanku.