Bahasa Melayu

KURNIA ROHANI DAN PEMBERIAN

Masa yang kamu miliki ini ialah anugerah daripada-Ku.
Gunakanlah masa ini dengan penuh cermat,
  kerana masa ini akan berakhir menurut ketetapan-Ku.
Gunakanlah anugerah ini untuk memenuhi keperluan orang lain.
Bantulah mereka menikmati anugerah mereka,
  seperti yang Kulakukan untukmu.

Semoga kamu mencari anugerahmu daripada-Ku.
Semoga kamu membawa kebahagiaan yang melimpah
  kepada orang di sekelilingmu.
Adakah pemberian yang lebih besar daripada ini?

Bawalah kedamaian kepada mereka yang kamu temui.
Berikanlah sukacita dan kedamaian kepada mereka.
Bawalah kehidupan kepada mereka yang menanggung kesakitan.
Bantulah mereka mengharungi masa penderitaan ini.

Bersikaplah lemah lembut terhadap mereka yang marah akan keadaan mereka.
Bawalah kebijaksanaan kepada mereka apabila mereka hadir dalam perjalanan hidupmu.
Biarlah belas kasihan terpancar daripada matamu
  dan menjangkau keperitan mereka.
Kekuatanmu akan menyembuhkan keperitan mereka.

Aku membawa mereka kepadamu untuk disembuhkan.
Biarlah kekuatan-Ku mengalir ke dalam diri mereka.
Mereka ini memerlukan kekuatan-Ku.
Biarlah Aku menggunakan dirimu untuk tujuan ini.

Renungan Seterusnya

Isi Kandungan