Yang paling utama
ialah kasih-Ku kepadamu.
Kasih itu bagaikan hujan
kerana ia membersihkan segala sesuatu
yang disiraminya.
Kasih itu bagaikan matahari
kerana ia memberikan kesegaran
kepada semua yang hidup.
Kasih itu bagaikan udara
kerana ia memberikan kehidupan kepada semua
yang memerlukan khasiatnya.
Jika demikianlah sifat kasih,
maka terimalah manfaatnya.
Terimalah berkat kasih
dan kongsikan buahnya
dengan mereka yang kau temui.
