Bahasa Melayu

DILEMA

Engkau mencari jawapan dan menemui persoalan.
Engkau menemui persoalan yang tiada jawapannya.
Jawapan apakah yang akan memuaskan hatimu?

Imanmu diuji oleh dilema-dilema ini.
Pencarianmu akan kebenaran menjadi lebih luas
  melalui pengalaman-pengalaman ini.
Apakah yang engkau lakukan dengan dilema-dilema ini?

Biarlah pencarianmu akan kedamaian membimbingmu
  untuk menemukan penghiburan dalam diri-Ku.
AKULAH jawapanmu.
Ajukanlah pertanyaan kepada-Ku;
  berpalinglah kepada-Ku untuk mendapatkan jawapanmu.

Engkau tidak perlu mengetahui penyelesaian
  bagi segala peristiwa dalam hidupmu,
  kerana hal ini akan membawamu masuk ke dalam kodrat-Ku.

Akuilah keterbatasanmu sebagai manusia dan berimanlah
  bahawa Aku terlibat dalam segala yang di luar pengetahuanmu.
Imanmu diperkukuh apabila engkau berserah kepada-Ku.

Temuilah apa yang engkau cari dalam diri-Ku;
  AKULAH segala yang ada.
Temuilah kedamaian yang engkau cari dalam diri-Ku,
  kerana Aku akan memberikan kepadamu apa yang diperlukan.
Temuilah siapa dirimu dalam diri-Ku,
  kerana AKULAH yang engkau cari selama ini.

AKULAH yang tidak mampu engkau fahami.

Renungan Seterusnya

Isi Kandungan