Bahasa Melayu

AKU HADIR

Setiap hari membawa khabar tentang kehadiran-Ku.
Carilah tanda-tanda kehadiran-Ku ini.
Sedarilah kehadiran-Ku dalam hari-harimu.
Aku ada di situ untuk kautemui.

Peristiwa-peristiwa ini akan memberimu iman.
Carilah, lihatlah, dan nikmatilah semuanya.
Kejadian-kejadian ini ialah cara-Ku meyakinkanmu
  akan kehadiran-Ku dalam segala sesuatu.

Apabila engkau telah kehilangan imanmu,
  carilah kehadiran-Ku setiap hari
  dan percayalah akan apa yang kautemui.

Apabila engkau berasa ragu,
  percayalah kepada tindakan-Ku
  dan berimanlah bahawa Aku menyertaimu.

Apabila engkau tenggelam dalam keputusasaanmu,
  timbanlah harapan daripada kehadiran-Ku,
  kerana kehadiran-Ku akan meyakinkanmu akan kebaikan-Ku.

Lakukanlah semua ini, dan pandanganmu akan menjadi seperti pandangan-Ku.

Harapanmu akan tertumpu pada kebaikan-Ku,
  dan imanmu akan bertahan menghadapi sebarang serangan.

Renungan Seterusnya

Isi Kandungan