Bahasa Melayu

BERDOA

Berbicara kepada-Ku membolehkan Aku membantumu memahami
  apa yang engkau hadapi sepanjang hidupmu.
Waktu yang diluangkan bersama-Ku seharusnya penuh damai.

Kita perlu saling mengenali dengan akrab.
Lakukanlah ini dengan berbicara kepada-Ku serta mendengar, melihat,
  dan menyedari karya yang Kulakukan di sekelilingmu.

Inilah cara-Ku menunjukkan kepadamu
  bahawa Aku mahu engkau bahagia dan penuh sukacita.
Doamu seharusnya terbuka dan penuh damai.
Luangkanlah waktu bersama-Ku agar engkau dapat mengenali-Ku secara mendalam.

Aku akan memberimu banyak tanda dan berkat
  untuk membantumu menjadi lebih yakin dalam doamu.

Janganlah takut untuk menyerahkan bebanmu kepada-Ku,
  kerana beban itu kecil di mata-Ku.

Aku akan semakin membantumu untuk memohon lebih banyak.
Katakanlah kepada-Ku bahawa engkau mengasihi-Ku dan hayatilah kasih kepada-Ku ini dalam hidupmu.
Ini dapat dilakukan bersama mereka yang berada di sekelilingmu.

Janganlah bersikap mementingkan diri atau tidak sabar
  dalam meluangkan waktumu bersama-Ku,
  kerana sikap ini tidak akan membawamu kepada damai-Ku.

Renungan Seterusnya

Isi Kandungan