Rabu Abu dan Jumaat Agung ialah hari wajib berpuasa dan berpantang bagi umat Katolik. Selain itu, setiap hari Jumaat sepanjang Prapaskah ialah hari wajib berpantang.
Bagi anggota Gereja Katolik Latin, peraturan berpuasa wajib dipatuhi dari usia 18 hingga 59 tahun. Ketika berpuasa, seseorang dibenarkan makan satu hidangan penuh serta dua hidangan kecil yang, jika digabungkan, tidak menyamai satu hidangan penuh. Peraturan berpantang daging wajib dipatuhi oleh anggota Gereja Katolik Latin yang berusia 14 tahun ke atas
Anggota Gereja-Gereja Katolik Timur hendaklah mematuhi undang-undang khusus Gereja sui iuris masing-masing.
Jika boleh, puasa pada Jumaat Agung diteruskan sehingga Vigili Paskah (pada malam Sabtu Suci) sebagai “puasa Paskah” untuk menghormati penderitaan dan wafat Tuhan Yesus, serta mempersiapkan diri kita untuk mengambil bahagian dengan lebih penuh dalam Kebangkitan-Nya dan merayakannya dengan lebih bersedia.
Sumber: usccb.org