Bahasa Melayu

KEPUASAN

Harapan apakah yang ada selain harapan-Ku?
Dorongan apakah yang ada
  selain dorongan-Ku?
Kasih apakah yang lebih kuat daripada kasih-Ku?

Tiada hembusan udara pun yang bermakna
  tanpa bimbingan-Ku.
Tiada seminit pun dalam harimu yang berharga
  tanpa arahan-Ku.

Ikutilah jalan-Ku dan lihatlah laluanmu.
Carilah cara-Ku dan fahamilah arah tujuanmu.
Terimalah kata-kata-Ku dan sedarilah rancangan-Ku.

Tiada sesaat pun berlalu
  tanpa pandanganmu hadir di hadapan-Ku.
Aku sentiasa berada dalam dirimu.
Carilah kehadiran-Ku
  dan ketahuilah bahawa Aku menyertaimu.
Sedarilah sifat-Ku
  dan ketahuilah bahawa Aku mengambil berat tentangmu.
Biarlah sifat-Ku melingkungi waktumu
  untuk memberimu kepuasan
  dan rasa cukup dengan setiap hari yang berlalu.

Renungan Seterusnya

Isi Kandungan