Bahasa Melayu

DAMAI SEJAHTERA

Apabila kamu bersama orang yang kamu kasihi,
  Aku bersukacita.
Gunakanlah waktu ini untuk memuji Aku dan saling memuji.
Aku mahu setiap orang daripada kamu hidup dalam damai
  dengan mereka yang paling rapat dengan kamu.
Damai ini melampaui apa yang kamu fikirkan
  apabila kamu mengaitkan keadaannya
  dengan pemahaman dan hubungan manusiawi kamu.
Damai sejahtera-Ku melampaui persepsi, jangkaan,
  dan pemahaman kamu.

Damai sejahtera yang Kuberikan kepadamu itu utuh, bukan separuh.
Damai sejahtera yang Kuberikan kepadamu itu terang, bukan gelap.
Damai sejahtera yang Kuberikan kepadamu itu milik-Ku, bukan milikmu.

Terimalah apa yang Kuberikan kepadamu
  dan biarlah pemberian ini menjadi pemberian bagi mereka yang paling rapat denganmu.
Kamu tidak perlu memahami mengapa kamu diberkati.
Bawalah damai sejahtera-Ku bersamamu dan gunakannya untuk orang lain.

Damai sejahtera-Ku akan mengubah dan menguatkan kamu.
Damai sejahtera-Ku akan mendekatkan kamu kepada-Ku.
Mohonlah damai sejahtera ini.

Janganlah takut
  akan perubahan yang dapat dilihat dalam dirimu.
Janganlah takut
  untuk berkongsi damai sejahtera ini dengan mereka yang ada bersamamu.
Aku mahu menggunakan kamu untuk tujuan ini.

Biarlah Aku berada dalam dirimu.
Biarlah kata-katamu menjadi kata-kata-Ku.
Kata-kata-Ku akan mengalir daripadamu kepada mereka yang perlu mendengarnya.
Biarlah Aku menggunakan kamu. Biarlah Aku memberkati kamu.

Renungan Seterusnya

Isi Kandungan