Engkau mencari apa yang tidak diketahui
tetapi tidak menemuinya.
Carilah Aku
dan temukanlah apa yang engkau cari.
Apakah sukacita yang engkau temukan
dalam apa yang engkau lakukan?
Apakah kebahagiaan yang engkau temukan
dalam apa yang engkau miliki?
Apakah kedamaian yang terhasil
daripada segala peristiwa dan keinginan ini.
Arahkanlah keinginanmu kepada-Ku
dan temukanlah kedamaianmu.
Arahkanlah harapanmu kepada-Ku
dan temukanlah masa depanmu.
Berpalinglah kepada-Ku dengan hatimu
dan lihatlah apa yang Aku inginkan bagimu.
Berpalinglah kepada-Ku
dan temukanlah sukacita yang menantimu.
Ketepikanlah ketakutanmu
dan gantikannya dengan harapan.
Bersihkanlah fikiranmu
daripada apa yang menghalangmu daripada datang kepada-Ku.
Letakkanlah bebanmu ke dalam tangan-Ku,
dan Aku akan mengambilnya daripadamu.
Bawalah keraguanmu kepada-Ku,
kerana keraguan itu akan membutakanmu.
Seorang yang buta tidak dapat melihat
kerana dia tidak mempunyai keupayaan untuk melihat.
Apabila halangan ini disingkirkan,
dia mungkin dapat melihat.
Apabila kebutaanmu disingkirkan,
engkau mungkin dapat melihat.
Apakah yang menutupi pandanganmu?
Apabila engkau mencari Aku,
apakah yang engkau temukan?
Adakah kebutaanmu menyebabkan pandangan yang keliru?
Apabila engkau melihat tangan-Ku berkarya,
apakah gambaranmu tentang Aku?
AKULAH yang engkau cari.
