Gunakan pendapatanmu untuk membawa sukacita
kepada mereka yang kamu tanggung.
Jangan bimbang tentang berapa banyak yang kamu miliki.
Aku akan menyediakan keperluanmu!
Bantulah orang lain,
tetapi jangan letakkan dirimu
dalam keadaan yang tidak akan membantu karya-Ku.
Orang miskin akan sentiasa ada.
Aku tidak mengukur kekudusan dengan kekayaan.
Gunakanlah apa yang Kuberikan kepadamu dengan bijaksana;
Aku mengasihi dan mempercayaimu.
Ada yang diberi banyak;
ada yang diberi sedikit;
ada yang tidak diberi apa-apa.
Akulah yang membuat keputusan-keputusan ini.
Ada yang memerlukan banyak;
yang lain tidak.
Ada yang menginginkan banyak;
yang lain tidak.
Ada yang layak menerima banyak;
yang lain tidak.
Aku memberikan kepada semua orang apa yang terbaik bagi mereka.
Gunakanlah apa yang Kuberikan kepadamu
dengan kemurahan hati menurut pertimbanganmu.
Jangan didorong
oleh keinginan duniawi.
Ketahuilah dan percayalah bahawa apa yang Kuberikan kepadamu
adalah untuk kamu membantu membawa berkat kepada mereka yang paling dekat denganmu dan mereka yang Kubawa kepadamu untuk mendapatkan pertolongan.
Berilah makanan kepada orang yang lapar;
hulurkanlah bantuan kepada mereka yang miskin.
Mereka ini menantikan bantuanmu.
Aku memberikan kekayaan kepada mereka
yang dapat melayani orang lain dengan cara ini.
Ada yang menerima kekayaan
tetapi tidak melayani Aku.
Kekayaan seperti ini akan gagal.
Aku akan memberkatimu apabila kamu membantu orang lain.
