Bahasa Melayu

Memohon Kerahiman dan Pengampunan Dosa

Daripada Mazmur 51

 Ya Allah yang penuh kasih dan pemurah, kasihanilah aku.
Kasihanilah aku dan hapuskanlah noda dosaku yang keji.
Oh, basuhlah aku, bersihkanlah aku daripada kesalahan ini. Biarlah aku menjadi suci semula.
Kerana aku mengakui perbuatanku yang memalukan itu—perbuatan itu menghantui aku siang dan malam.

Itulah dosa terhadap-Mu dan kerahiman-Mu yang tidak terbatas.

 Ciptakanlah dalam diriku hati yang baharu dan bersih, ya Allah.
Sucikanlah aku dan jadikanlah aku putih seperti salji.
Bersihkanlah fikiran dan keinginanku.

Pulihkanlah dalam diriku sukacita keselamatan-Mu, dan jadikanlah aku rela mentaati-Mu.

Yesus, kasihanilah aku.
Yesus, kasihanilah aku.

Yesus, kasihanilah aku.

Yesus, aku menaruh kepercayaan kepada-Mu.
Yesus, aku menaruh kepercayaan kepada-Mu.

Yesus, aku menaruh kepercayaan kepada-Mu.

Amin.

Kini, janganlah takut akan Sakramen Rekonsiliasi yang mulia!