Bahasa Melayu

BIARLAH AKU MEMBANTUMU

Apabila kamu memikirkan pelbagai dugaan
  yang dihadapi oleh setiap orang daripada kamu,
  bagaimana kamu mengatasinya,
  dan hasil yang kamu capai,
  yang paling baik dapat kamu harapkan
  hanyalah sedikit kejayaan.

Apabila menghadapi dugaan hidup,
  berpalinglah kepada-Ku untuk mendapatkan pertolongan dan bimbingan.

Serahkanlah keputusan-keputusan ini kepada-Ku
  dan biarlah Aku menolongmu.
Berpalinglah kepada-Ku untuk mendapatkan jawapan
  yang tidak dapat kamu temukan sendiri.
Aku akan memberikan kebenaran kepadamu.

Aku bersabar dengan renungan dan usahamu
  untuk tidak bergantung pada bimbingan-Ku.
Aku tahu bahawa kamu merasakan perlunya mencuba sendiri
 tanpa pertolongan-Ku.

Aku menantikan kamu meminta daripada-Ku jawapan
  yang tidak dapat kamu temukan.
Belajarlah untuk meminta pertolongan-Ku lebih awal
  daripada kebiasaanmu;
  janganlah menganggap hal ini sebagai kegagalan atau kelemahan.

Renungan Seterusnya

Isi Kandungan