Bahasa Melayu

MEMBERI

Bawalah kedamaian kepada mereka yang memerlukan penghiburan.
Berikanlah sukacita kepada mereka yang bersedih dan terbeban.
Berikanlah kesedaran kepada mereka yang tidak dapat melihat.
Bawalah harapan kepada mereka yang tidak dapat memahami.
Ajarlah mereka yang mahu mendengar.
Sembuhkanlah mereka yang menderita.

Bukalah mata mereka yang telah menutup mata.
Bukalah hati mereka yang telah menjadi keras hati.
Berikanlah kehidupan kepada mereka yang berputus asa.
Bantulah mereka yang mahu diubah.
Berikanlah semangat kepada mereka yang mencari lebih lagi.
Pimpinlah mereka yang tersesat.

Aku mengubah mereka yang menginginkan lebih lagi.
Aku melindungi mereka yang memerlukan penghiburan.
Aku menerangi mereka yang meminta pertolongan.
Aku memberikan kedamaian kepada mereka yang menderita.
Aku menyegarkan mereka yang memerlukan rehat.
Aku memberkati mereka yang membantu orang lain.

Berilah kepada mereka yang memerlukan bantuanmu.
Janganlah takut akan kesukaran yang mungkin kamu hadapi dalam hal ini,
  kerana Aku akan memberikan kepadamu keberanian
  dan kurnia yang kamu perlukan.

Apa yang kamu miliki boleh diberikan kepada orang lain,
  dan dirimu akan berkembang apabila Aku memberkati usahamu
  dan memberikan apa yang diperlukan oleh mereka yang memerlukan.

Janganlah takut akan karya-Ku,
  kerana Aku akan membantu dan menguatkanmu mengikut keperluanmu.

Janganlah mencari mereka yang memerlukan,
  kerana Aku akan membawa mereka kepadamu.

Renungan Seterusnya

Isi Kandungan