Bahasa Melayu

Doa-doa Umum Katolik

Syahadat Para Rasul

Aku percaya akan Allah,
Bapa yang Mahakuasa,
Pencipta langit dan bumi,
dan akan Yesus Kristus, Putera-Nya yang tunggal, Tuhan kita,
yang dikandung daripada Roh Kudus,
dilahirkan oleh Perawan Maria,
menderita sengsara di bawah pemerintahan Pontius Pilatus,
disalibkan, wafat dan dimakamkan;
Dia turun ke alam maut;
pada hari ketiga Dia bangkit daripada antara orang mati;
Dia naik ke syurga,
dan duduk di sebelah kanan Allah Bapa yang Mahakuasa;
dari situ Dia akan datang untuk menghakimi orang yang hidup dan yang mati.

Aku percaya akan Roh Kudus,
Gereja katolik yang kudus,
persekutuan para kudus,
pengampunan dosa,
kebangkitan badan,
dan kehidupan kekal. Amin.

Bapa Kami

Bapa kami yang ada di syurga, dimuliakanlah nama-Mu. Datanglah kerajaan-Mu, jadilah kehendak-Mu di atas bumi seperti di dalam syurga. Berilah kami rezeki pada hari ini dan ampunilah kesalahan kami seperti kami pun mengampuni orang yang bersalah kepada kami; dan janganlah masukkan kami ke dalam percubaan, tetapi bebaskanlah kami daripada yang jahat. Amin.

Salam Maria

Salam Maria, penuh rahmat,
Tuhan sertamu.
Terpujilah engkau antara wanita,
dan terpujilah buah rahimmu, Yesus.
Santa Maria, Bonda Allah,
doakanlah kami yang berdosa ini,
sekarang dan pada waktu kami mati.
Amin.

Kemuliaan

Kemuliaan kepada Bapa,
dan Putera,
dan Roh Kudus.
Seperti pada permulaan,
sekarang dan sentiasa,
sepanjang segala abad.
Amin.

Syahadat Nicea

Aku percaya akan satu Allah,
Bapa yang Mahakuasa,
Pencipta langit dan bumi,
segala yang kelihatan dan yang tidak kelihatan.

Aku percaya akan satu Tuhan Yesus Kristus,
Putera Tunggal Allah,
yang dilahirkan daripada Bapa sebelum segala zaman.
Allah daripada Allah, Terang daripada Terang, 
Allah benar daripada Allah benar,
dilahirkan, bukan dijadikan, sehakikat dengan Bapa;
melalui-Nya segala sesuatu dijadikan.
Untuk kita manusia dan untuk keselamatan kita
Dia turun dari syurga,

dan dengan kuasa Roh Kudus menjelma daripada Perawan Maria,
dan menjadi manusia.

Demi kita Dia disalibkan di bawah pemerintahan Pontius Pilatus,
Dia menderita sehingga wafat dan dimakamkan,  
dan bangkit pada hari ketiga
sesuai dengan Kitab Suci.
Dia naik ke syurga 
dan duduk di sebelah kanan Bapa.
Dia akan datang kembali dalam kemuliaan
untuk menghakimi orang yang hidup dan yang mati
dan kerajaan-Nya tidak akan berakhir.

Aku percaya akan Roh Kudus, Tuhan yang memberi kehidupan,
yang berasal daripada Bapa dan Putera,
yang bersama Bapa dan Putera disembah dan dimuliakan,
yang telah bersabda melalui para nabi.

Aku percaya akan Gereja yang satu, kudus, katolik dan apostolik.
Aku mengakui satu Pembaptisan untuk pengampunan dosa
dan aku menantikan kebangkitan orang mati
serta kehidupan di dunia yang akan datang. Amin.

Doa Sebelum Makan

Berkatilah kami, ya Tuhan, dan segala pemberian-Mu ini
yang akan kami terima daripada kemurahan-Mu.
Dengan pengantaraan Kristus, Tuhan kami.
Amin.

Doa Tobat

Ya Allahku, aku sungguh menyesal kerana telah menyakiti hati-Mu, dan aku membenci segala dosaku kerana hukuman-Mu yang adil, tetapi terutama sekali kerana dosa-dosa itu menyakiti hati-Mu, ya Allahku, yang Mahabaik dan layak menerima segenap kasihku.  Dengan pertolongan rahmat-Mu, aku bertekad untuk tidak berdosa lagi dan menjauhi keadaan yang mudah membawa kepada dosa.  Amin.


Doa-doa Lain

Renungan Harian