Jam demi jam setiap hari menguji kesabaranmu
melalui konflik kehidupan.
Bawalah harapan dan kedamaian ke dalam ujian-ujian ini.
Biarlah kedamaian dalam dirimu menyinari setiap konflik.
Peribadimu diuji agar kamu dapat mengatasi ujian itu.
Biarlah saat-saat ini menyemarakkan harapanmu
dan menerangi impianmu.
Nikmatilah konflik itu,
kerana konflik itu diwujudkan demi pertumbuhanmu.
Jangan menyerah kepada bayangan kegelapannya.
Bawalah seluruh dirimu ke dalam cahaya-Ku.
Biarlah cahaya ini membangkitkan semangatmu
dan memenuhi dirimu dengan
impian, harapan dan kedamaian yang baharu.
Jadikanlah manfaat kurnia-kurnia ini milikmu,
kerana kamu tidak perlu mempersoalkan
sebab atau justifikasinya.
Terimalah apa yang Kuberikan kepadamu sebagai kurnia-Ku.
Biarlah buah-buah kurnia-Ku
ditempatkan dalam dirimu.
Biarkanlah cahaya buah-buah ini
meresapi jiwamu.
