Bahasa Melayu

KEHIDUPAN BAHARU

Biarlah kehidupan baharu menyelubungimu
  ketika engkau mencari jawapan.
Biarlah kehidupan baharu memberimu kebebasan
  ketika engkau menaruh kepercayaan pada jalan-jalan-Ku.

Tiada waktu yang terlepas daripadamu
  apabila tujuanmu tertumpu kepada-Ku.
Tiada peristiwa yang terlepas daripada perhatianmu
  apabila engkau mengarahkan fikiranmu kepada-Ku.
Tiada pesan yang tidak engkau ketahui
  ketika engkau menyerahkan dirimu kepada-Ku.

Timba sukacita daripada kesakitanmu demi Aku,
  kerana ganjarannya menantimu.
Berpuas hatilah dengan kedamaian yang Kukurniakan kepadamu,
  ketika berkat ini dianugerahkan.

Renungan Seterusnya

Isi Kandungan