Bahasa Melayu

MASUKLAH KE TANAH-KU

Datanglah kepada-Ku untuk segala yang engkau inginkan.
Carilah Aku dalam segala yang ada.
Lihatlah Aku dalam segala yang hadir kini.
Nantikanlah kehadiran-Ku dalam segala yang akan datang.

Adakah engkau takut akan kehadiran-Ku?
Adakah engkau melarikan diri daripada-Ku?
Adakah engkau mengelakkan diri daripada menjalin hubungan dengan Roh-Ku?

Ketepikanlah sikapmu yang suka mengelak
  dan datanglah ke hadirat-Ku.
Lihatlah tangan-Ku yang menyambutmu dan membimbing langkahmu.
Percayalah pada bimbingannya dan tunduklah kepada arahannya bagimu.

Adakah engkau menantikan tanda dan lambang?
Adakah kebutaanmu terhadap semua ini menimbulkan keraguan?
Pasanglah telingamu dan dengarkanlah Aku.
Pandanglah dan lihatlah arah yang Kutunjukkan bagimu.
Percayalah dan ketahuilah bahawa Aku menyertaimu.

Jika ini benar,
  maka persoalan, keraguan atau ketakutan apakah
  yang masih patut tinggal dalam dirimu?
Jika ini benar,
  maka jalan manakah yang engkau ikuti?

Renungan Seterusnya

Isi Kandungan