Bahasa Melayu

S. Tanda Salib pada Kepala, Bibir & Hati sebelum Bacaan Injil

S. Mengapakah kita membuat Tanda Salib pada kepala, bibir dan dada sebelum mendengar Injil dalam Misa?

J. Jawapan pertama dan paling mudah bagi soalan ini terdapat dalam rubrik.  Rubrik Misa ialah arahan yang diberikan kepada kita dalam Misale Romawi dan menerangkan susunan Misa kepada kita.  Rubrik memberitahu kita bila harus berdiri, duduk, berlutut, memberikan jawapan, dan sebagainya.  Rubrik juga menyatakan bahawa kita hendaklah membuat Tanda Salib pada dahi, bibir dan hati kita sejurus sebelum bacaan Injil.

Namun, soalan anda mungkin lebih berkaitan dengan sebab kita berbuat demikian.  Jawapannya mudah.  Gerak isyarat membuat tanda salib pada diri kita ini merupakan suatu cara untuk berdoa, “Semoga Tuhan hadir dalam fikiranku, pada bibirku dan dalam hatiku.”  Doa ini diucapkan sebelum bacaan Injil sebagai suatu cara untuk mengundang Kristus dengan penuh doa agar datang kepada kita dengan cara-cara ini ketika Sabda-Nya yang suci diwartakan.  Mendengar Injil mesti mengubah fikiran kita, Injil mesti diwartakan oleh bibir kita, dan mesti menyentuh hati kita.  Dengan hati, yang kita maksudkan khususnya ialah kehendak, perasaan kasih, emosi dan dorongan batin kita.

Apabila anda membuat tanda salib pada diri anda sebelum bacaan Injil pada masa akan datang, pastikan bahawa perbuatan itu bukan sekadar gerak isyarat lahiriah; pastikan bahawa perbuatan itu juga suatu doa dan undangan kepada Kristus.


Lagi Soal Jawab Katolik