Aku berbicara kepadamu pada saat-saat hening
agar Sabda-Ku dikenal.
Saat-saat ini ialah saat-saat yang suci
agar kamu dapat mengenali Aku dengan lebih mendalam.
Saat-saat ini diperlukan agar Aku
dapat memberitahumu tentang apa yang dikehendaki.
Biarlah saat-saat ini dipenuhi rahmat,
kerana saat-saat ini bertujuan menambah kebijaksanaanmu.
Luangkanlah masa bersama-Ku
agar kamu mengenal Sabda-Ku,
dan Aku akan memberkati usaha-usaha ini.
Tidak perlu ada kebimbangan,
dan tidak seharusnya ada ketakutan,
kerana AKULAH Penyelamatmu yang membawa damai.
