Setiap pengalaman kesakitan membawamu kepada penemuan baharu.
Lihatlah pengalaman-pengalaman ini sebagai sesuatu yang perlu untuk pertumbuhanmu.
Tiada kesakitan yang akan terlalu berat untuk ditanggung.
Tiada tempoh penderitaan yang akan berlebihan.
Pengalaman-pengalaman ini sebahagian daripada hakikat dirimu sebagai manusia.
Sambutlah keresahan ini,
kerana keresahan ini akan membawamu kepada kesedaran baharu yang lebih kaya.
Jangan berikan perhatian kepada kesakitan itu.
Sebaliknya,
sambutlah pengetahuan dan pemahamanmu yang baharu,
kerana inilah harapan-Ku untukmu.
Sentiasalah memandang melampaui kesakitanmu sekarang
kepada pertumbuhan baharu yang disediakan untukmu.
Sentiasalah melihat pertumbuhan itu sebagai satu lagi langkah
menuju apa yang menantikan perhatianmu.
Carilah perubahan yang telah disediakan untukmu.
Bersukacitalah atas buahnya,
kerana segala manfaat ini adalah untuk kebahagiaanmu.
Nikmatilah anugerah ini,
kerana anugerah ini telah dikhaskan untuk kesenanganmu.
