Bahasa Melayu

DALAM DIRI-KU

Pusatkanlah dirimu pada-Ku.
Singkirkanlah apa yang mengganggu tumpuanmu.
Biarkanlah kasih-Ku melingkupi dirimu.

Janganlah takut akan kehadiran-Ku,
  kerana Aku lemah lembut dan akan berbuat baik kepadamu.

Angkatlah hatimu kepada-Ku,
  kerana inilah jalan bagimu untuk mengenal-Ku.

Biarkanlah rahmat-Ku meresap ke dalam hatimu
  dan memenuhimu dengan sentuhannya yang menyembuhkan.

Janganlah ragu-ragu atau menahan penyerahan dirimu,
  kerana Aku mahu engkau menjadi milik-Ku.

Biarkanlah dirimu bebas dan satukanlah rohmu dengan rahmat-Ku.

Renungan Seterusnya

Isi Kandungan