“Sesiapa yang berdoa Rosari setiap hari tidak akan sekali-kali disesatkan. Inilah pernyataan yang dengan rela hati akan saya tandatangani dengan darah saya sendiri.”
Santo Louis de Montfort
“Antara segala doa, Rosari ialah doa yang paling indah dan paling kaya dengan rahmat…cintailah Rosari dan doakannya setiap hari dengan penuh devosi.”
Santo Pius X
“Alangkah indahnya keluarga yang berdoa Rosari setiap petang.”
Santo Yohanes Paulus II
“Rosari ialah doa kegemaran saya. Doa yang sungguh mengagumkan! Mengagumkan dalam kesederhanaan dan kedalamannya.”
Santo Yohanes Paulus II
Paderi Groeschel berkata tentang Bonda Teresa:
“Bahkan bagi Bonda Teresa, Rosari bukan sahaja suatu amalan devosi, tetapi juga tempat perlindungan pada waktu-waktu tertentu di tengah-tengah badai kegelapan batin.”
“Rosari ialah khazanah yang tidak ternilai harganya, yang diilhamkan oleh Allah.”
Santo Louis de Montfort
“Tiada cara yang lebih pasti untuk memohon berkat Allah turun atas keluarga… daripada berdoa Rosari setiap hari.”
Santo Pius XII
“Rosario ialah bentuk doa yang paling luhur dan sarana yang paling berkesan untuk memperoleh kehidupan kekal. Rosario ialah penawar bagi segala keburukan kita, akar segala berkat kita. Tiada cara berdoa yang lebih luhur.”
Santo Leo XIII
“Berikanlah kepadaku sepasukan tentera yang mendaraskan Rosario, dan aku akan menakluki dunia.”
Beato Paus Pius IX
“Jika kamu menginginkan kedamaian dalam hatimu, dalam rumah tanggamu dan di negaramu, berkumpullah setiap petang untuk mendaraskan Rosario. Jangan biarkan walau sehari pun berlalu tanpa mendaraskannya, tidak kira betapa beratnya kamu dibebani pelbagai kerisauan dan pekerjaan.”
Paus Pius XI
“Bonda Maria tidak pernah menolak permohonanku untuk memperoleh rahmat melalui pendarasan Rosario.”
Santo Padre Pio dari Pietrelcina
“Cara berdoa yang paling luhur ialah berdoa Rosario.”
Santo Fransiskus de Sales
“Pada suatu hari nanti, melalui Rosario dan Skapular, Bonda Maria akan menyelamatkan dunia.”
Santo Dominikus
