Bahasa Melayu

TIADA KEMUDARATAN AKAN MENGELILINGIMU

Apakah kesusahan yang mengelilingimu?
Apakah kesulitan yang menghalang jalanmu?
Janganlah risau atau bimbang tentang semua ini,
  kerana keadaan ini perkara kecil bagi-Ku.

Letakkanlah kepercayaanmu kepada-Ku dan percayalah pada jalan-Ku.
Tiada seminit pun akan berlalu tanpa tangan-Ku
  hadir dalam keadaan ini.

Tiada sehari pun berlalu tanpa bimbingan-Ku
  hadir di tengah-tengah apa jua kesulitan.
Maka, tumpukanlah pandanganmu kepada-Ku,
  dan segala halangan akan disingkirkan.

Segala kesusahan akan lenyap.
Yakinlah akan perlindungan-Ku.
Kerana tiada kemudaratan akan mengelilingimu.

Renungan Seterusnya

Isi Kandungan