Jangan biarkan ketakutan menghalangmu.
Jangan biarkan sikap teragak-agak merintangimu.
Jangan biarkan keraguan menghalangmu
daripada meluangkan masa bersama-Ku.
Tiada usaha lain yang lebih penting.
Tiada masa lain yang diluangkan lebih memuaskan hati.
Tiada manfaat lain yang lebih besar ganjarannya.
Masamu bersama-Ku memuaskan hati,
apabila engkau semakin memahami Aku.
Apakah kurnia yang dapat ditemukan?
Apakah pengetahuan yang dapat diperoleh?
Kerana engkau ialah wadah untuk Kuajar,
dan firman-Ku akan menyentuhmu dengan rahmatnya.
